Sabtu, 26 Februari 2011


hyeoo ! tengok. YUKI ngah bergambar ngan kek uh. siapa lagi yang buat kalau bukan YUKI SENDIRI. !
sumernya SDN.BHD ! haha. bangga lar pulak. TAPI. sumer tu dah siap packed. so, YUKI just baling² jew ingredients dya tuh. but apa² poun still jadi kek. sebab pulak tuh. kek tu sebenarnya YUKI buat sempena adek YUKI punya birthday.

so, YUKI nak wish HAPPY BIRTHDAY ADEK ! I'M GONNA ALWAYS LOVING U ! muah muah muah ! wassalam



Jumaat, 25 Februari 2011

mahu ! tekad ! jom !

hem² ! blog !!! i miss u so much. rindu² nak update. hehe. as u see, YUKI is making some changes in this belog ! ohoho. *excited* YUKI rasa sudah tiba masanya belog ini DIUBAH 100 %. wooo. melampau sangat.larr tuh. YUKI just nak lebih kurang 60 % changes jew larh.

apa kata korang ? i mean, belog YUKI nih memang tak menarikkan. just the simple one kan. T.T  YUKI dah larr lemah bab² mengedit belog nih. so, kalau ada yang tolong menghulurkan bantuan uh, sangat² larr YUKI terima. hehe. so, tolonglarh YUKI ea. ini budak baru belajar. :))


tolonglarh YUKI ea. sayang kamoo. SEBAGAI YUKI punya FOLLOWERS larh a.k.a KAWAN..^^ nanti ada orang marah YUKI plakk... hehe. wassalam


P/S : T.T sedeyh. sekarang YUKI tak boleh kpop sangat.
lagi menambahkan ketensionan !


Sabtu, 19 Februari 2011

alahaii kereta~~

salam 1 Malaysia. Assalamualaikum. yo yo! haha. sedang menghilangkan kebosanan. actually ada banyak homework yang tengah tunggu YUKI atas meja uh. tapi nak buat camna, mood belomm mari lorh. eheh ^^ yang buku tu poun satu. asyik nak menhadap muka YUKI ja. tak boringkah ? YUKI yang douk menghadap buku tuu poun boring. hahha < apa kejenis ayat arr nih >

tadi kat sekolah. ada larr sorang kawann nih. mula² tuu elok jalarhh sembang. then, sudden dya kata ayah dya sudah marii. dya(chullgf) poun ajaklarr kawan dy(era) balik. dengan galas beg sumer siap dah, dya poun beransur ke kereta. yang kawan dya tu pelik

era : mana kereta ayah *tutttt*

then tak sampai hal way, dya dah patah balik.

chullgf : weyhh. silap orang darr. bukan kereta ayah aku <dengan riak 
yang malu giler>
kawan² yang lain : woi. kereta bapak sendiri poun tak kenal ke. hahahhahaha
chullgf : hahhahahha
kawan² yang lain : berapa tahun dah beli sampai tak kenal nih. hahahha
chullgf : 5 tahun dah bapak aku beli kereta uh. hahhah

konklusinya, kalau YUKI, YUKI malu derhhh. hhahahhah . moral of this stiry, ingatlah kereta sendiri. jangan sampai nak kena berlakon tolong bukak pintu kat empunya kereta tu pulak <derk kerana nak cover malu>

hhahha. oke larr. papai :)) mahu gerak ke tusyen sudahh nih.  luv ya !


Wanita.....






"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Fireworks. Mandarin oranges. Red packets. Cheongsams. What's CNY without all those? And we could end this by watching #petronasCNY ad. Perfect family bonding time.

Fireworks. Mandarin oranges. Red packets. Cheongsams. What's CNY without all those? And we could end this by watching #petronasCNY ad. Perfect family bonding time.

Grab this yummy Assam Laksa with a beverage of your choice at RM6 from #Sbread . Quick! Only at #MilkADeal .

Grab this yummy Assam Laksa with a beverage of your choice at RM6 from #Sbread . Quick! Only at #MilkADeal .

Hey TV you're so fine, you're so fine you blow my mind! Thanks #FineTV! I can now watch my favourite shows!

Hey TV you're so fine, you're so fine you blow my mind! Thanks #FineTV! I can now watch my favourite shows!

Jumaat, 18 Februari 2011

zSHARE video - begitukahcinta1.flv

zSHARE video - begitukahcinta1.flv

recently, YUKI douk layan citer nih. citer nih larh, cerita melayu yang pertama yang buat YUKI layannnn gila. besh lorh. jangan lupa tengok taw. setiap isnin --> khamis jam 7.00 --> 8.00 malam.
layannnzzz tao~ hehe

Isnin, 14 Februari 2011

salam maulid !

Assalamualaikum ! salam maudirurrasul . Bulan Rabiul Awal. bulan kelahiran Nabi Kita Nabi Muhammad S.A.W. ada hadis mengatakan :


 “Orang yang bakhil itu ialah orang yang apabila disebutkan namaku di sisinya, maka dia tidak berselawat ke atas ku.” (Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi: Sahih). 


oleh itu, apabila kita mendengar orang menyebut Nabi Muhammad S.A.W maka, hendaklah kita menjawabnya kembali dengan menyebut S.A.W.



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya



Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

the real about 14/02 !!

yooo ! tahu larr silap tarikh. supposed post nih, dipublishkan semalam tapi...............
adalarhh ! hehe. Valentine day ?? must say NO ! korang tak tahu sebalik/sebetollnya tentang VALENTINE nih. po darrr~ meh sini YUKI nak citer.. hehe


Apa istimewanya tanggal 14 Februari? Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini. Saban tahun, ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai.
Jika diperhatikan, budaya menyambut hari kekasih ini sudah mendapat tempat dan begitu popular dalam kalangan masyarakat kita termasuklah yang beragama Islam. Ia lebih tertumpu kepada golongan remaja biarpun ada dalam kalangan kita yang sudah berumahtangga sekalipun turut sama meraikan.
Menyimpang
Hari kekasih begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah. Ia adalah lambang kasih sayang yang sangat istimewa yang diberikan. Bunga mawar dipersembahkan dalam hiasan dan balutan yang cantik manakala coklat pula disampaikan dengan bentuk dan kotak yang menarik sama ada berbentuk hati dan sebagainya. Tidak cukup dengan hadiah, ada yang meraikan dengan makan malam istimewa dan juga 'pembuktian' ketulusan cinta yang dibina. Walaupun ia jauh sekali menyimpang daripada budaya dan syariat umat Islam, namun kerana nafsu, ia dikira 'halal'.
Hari ini, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari sudut budaya mahupun agama. Kita telah dijajah dari keseluruhan cara hidup, mentaliti, kelakuan dan juga amalan kerohanian yang sudah boleh dilihat adanya percampuran dengan unsur-unsur dari barat. Jadi, tidak hairanlah jika sambutan yang diraikan oleh golongan kristian turut sama disertai oleh umat Islam yang mudah terpengaruh.
Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayang. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari). Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian.
Asal-usul Hari Kekasih
Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.
Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'.
Hakikatnya, sifat manusia ini lemah. Mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan pegangan umat Islam. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun. Jika kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini.
Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.
Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.

yuu huuu !

hee~  hari nih boleh on9. actually malam nih.  hehe. tao douk, semalam YUKI buat kerja gila. sleep lambat semata-mata nak baca novel. dah larr esok sekolah. terokkk terokk ! tapi nak buat camna. setiap kali YUKI nak stop baca ja mesti kat part yang YUKI nak tahu lagi. so, YUKI terus baca, baca, baca sampai larh tersedar yang dah pukul 2 pagi !!

omo ! time tu homework banyak yang tak beres lagi. aduss ! nilarh penangan novel DOKTOR CINTA nouh. abess YUKI dah jatuh cinta sampai lupa masa. ahakk. so, YUKI had to bangun awallarh jawabnya. before sleep dah set alarm dah. 4 in the morning. rasa cam tak betul tak. takkan lar YUKI just tidur 2 jam ?? heh. thats the truth. so, bila bangun uh, tak rasa macam baru woke up je. mengantuk yang amat ! tapi YUKI nih memanglarh manusia yang terokk ! bila bangun uh, YUKI sempat lagi sambung a few pages novel YUKI uh.
memang YUKI nih kaki novelkan. pagi tadi baru YUKI tersedar yang YUKI nih kaki novelll ! terokk terokk !

hehe. what to do. itulah the real ME A.K.A YUKI. hehe

ni larh novel yang YUKI gila-gilakan nouh.

nih sinopsis dia lak. !

Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.



papai :))

How do you rate your current lifestyle? Does healthy means calling in fast food once a week? Or does it mean skipping meals & exercise? Take the #NestleProfiler today!

How do you rate your current lifestyle? Does healthy means calling in fast food once a week? Or does it mean skipping meals & exercise? Take the #NestleProfiler today!

Sabtu, 12 Februari 2011

sarang sarang sarang !

salam. faham tak apa maksud sarang sarang sarang a.k.a YUKI punya tajuk lorh.. maksudnya LOVE LOVE LOVE a.k.a my emotions now is full of LOVE ! tadi YUKI baru ja balik daripda tusyen. selalunya YUKI pergi tusyen dengan kawan YUKI nih. tapi atas sebab tertentu kitorang dah tak pergi sama². rasa lain sangat tadouk dia. T.T.. kejap lagi nak pergi tusyen lagi. but this time, dia ada. hehe ^^.  harap² tusyen kali nih tak jadi macam minggu lepas larh ya. heh..

sekarang nih, YUKI nak citer pasal semalam. besttt sangat lorh ! yeeeeee !~~ my whole family eating together. a'aa. satu family. tokwan. tok. makngah. sumer sekali larh. termasuk pengatin baru. YUKI punya new maksu and pak su. I feel so great there. full of joy. yeah. BUT  satu family ja tadouk iaitu YUKI punya pak teh and his family. dyorang tak boleh balik. almaklumlah guru and stay kat nun jauh di kajang sana nuh. so, kalau balik poun tak sempat lorh. T.T. makan beramai-ramai tuh jugak disertai oleh YUKI punya kakak sepupu and her friend. so, I feel like, how great to have a family. kesian kat dyorang² yang tadouk family nouh. bersyukurlah kita sebab ada family.


:: makan sedap nouh !




hehe. nan sarenghae my family !



kawenn ! hee

hyeo ! cuba tengok balik tajuk. KAWENN ? omo. is it me ?? of course not larh. bawah umur lagi nih. today nak citer pasal event tadi. YUKInya pak su, akhirnya dah mendirikan mahligainya bersama kekasih hati iaitu my new maksu yang bernama ****. ops. can't tell. maaf ek. hihi. YUKI harap dyorang akan happy ever after. AMIN ! berikut adalarh picture² nikah dyorang. kalau rasa macam kenal, buat² tak kenallarh ea. hehe. sorry. gurau saja.



:: hope happy ever after larh ea. AMIN !

lamanya !

hello ! salam maulidur rasul~~ yeee. lamanya YUKI tak update blog nih. almaklumlah.. busy memanjang. hehe.
minggu nih ada banyak sangat homework. bm.m3.pi.yang paling banyak sekali ialah ba. mak oii. tak menang tangan nak membuatnya. :))

last week, YUKI ada view sekeliling rumah YUKI. <tengah rajin>.. hihi. then, YUKI terserempak lorh ngan 1 benda nih. iaitu SARANG BURUNG ngan TELUR DIA SEKALI.. ohh! YUKI loves it so much. !


:: sarang burung ngan telur ngan mak burung sekali. hehe

haha. oke ark burungrazi nih tak bertauliah nih. actually nak ambil gambar telur uh tapi atas sebab² tertentu, cancel larh. ^^. tapi sekarang YUKI tak tao apa dah jadi kat sarang uh. ntah ada atau tak lagi. because YUKI malas sangat nak pi check up burung uh. hehe.


Jumaat, 11 Februari 2011

ChurpChurp | Social Share » How do you define 'healthy'? (Preview)

ChurpChurp | Social Share » How do you define 'healthy'? (Preview)

Don't you just love the thought of starting your day with the aroma of #MiloFuzeJamPack? Click on this link & you could be lucky ones to win Apple products! It's addictive!

Don't you just love the thought of starting your day with the aroma of #MiloFuzeJamPack? Click on this link & you could be lucky ones to win Apple products! It's addictive!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

try it ~!

Thinking of getting a new phone? What better time than NOW? The #CelcomEveryone sale is here! Grab your smart phone that you've been drooling!

Thinking of getting a new phone? What better time than NOW? The #CelcomEveryone sale is here! Grab your smart phone that you've been drooling!

cuba lar ya ! oke punya larrh !

Jumaat, 4 Februari 2011

sudahh !

ehem². Assalamualaikum ! hehe. YUKI sudah balik daripada kampung. baru ja nih. penat tahu 3 jam dalam kereta. elleh. 3 jam ja poun. tu poun dah penat ke ??!  rasa² ada tak orang yang akan fikir camtu?? haha. adalarr kout kan.

cuti kat kampung kali nih, tak pergi mana poun. just stay kat rumah atok wan ja. boring³ ! siankan. dahlarr after this cuti, tak macam cuti dah. faham tak ? faham tak ? maksud YUKI, after cuti GONG XI FA CHAI nih, cikgu² YUKI di sekolah nouh, akan memulakan aktiviti menyental kepala otak budak² species YUKI nih dengan segala ilmu daripada form 1 --->  form 3. !

kesian kan. T.T.. so, after this mestilarr YUKI tak boleh nak tulis entry baru selalukan. sedihnya. T.T..
apa² poun takpalarr. just pray YUKI all the best oke. dah penat nih. mahu ringan²kan badan. dahlarr malam nih, esok tengah hari dengan lusa pagi ad tusyen. mesti lagi penatkan. so, darr :))

Selasa, 1 Februari 2011

balik !

salam mula wahai blogku ! hehe. YUKI nak tanya sikit nih. sekarang kita dalam minggu GONG XI FA CHAI kan. korang tak perlu jawab poun. hehe. YUKI dah tao, mesti jawapannnya YA kan. :)) so, maksudnya minggu nih kita dalam mood cuti sekolah ! yeayy.

cuti nih, korang balik kampung tak ?? YUKI balik. hehe~ <rasa macam gedix larr pulak> sori ya.
 hehe. one more question. kalau rasa macam nak jawab, comment lar kat entry nih ya. kenapa rasa besst bila balik kampung ?? hihi. rajin2 lar korang jawab soalan nih ya.boleh lar share pendapat. kan besst ! oke oke. mao sambung tonton cerita best nih. apa lagi kalau bukan KPOP STORY. hehe. sori ya. YUKI nih memang giler KPOP. =)

dah dah! cukup2 larr YUKI oii. jangan larr douk melalut lagi kat entry nih. hehe. wish you a nice dream. papai ~~ :))
 
http://wankhairina.blogspot.com/